Saturday, March 29, 2014

Thursday, March 27, 2014

Why do you write?


To write


Writing. Why write?

I need to get my thoughts out of my head. They became clear and I can make connections when I can literally see them.

I write as a way to worship.

I write for emotional release. To allowed the pent-up to flow-out.

I write because it feels good and right. Healing. Energizing.

I write because paper and pens are dear friends. Allies. Trustworthy companions. Confidantes.

I write to connect with others. To put words to what we both think and feel and experience.

I write to encourage. To remind us that we are not alone in our struggles.

I write as prayer.

I write to confess.

Allah, show me where I am.  With my blog. With writing. With my voice.

Why do you write?


Wednesday, March 26, 2014

Cerita Yang Bukan Kita "Penulisnya"

Diciptakan seseorang manusia adalah untuk dijadikan khalifah kepada dunia ini. Menjaga setiap yang ada didunia. Berpegang kepada janji yang telah termeterai sebelum “ditiupkan”. Hinanya kita jika memungkiri janji itu. Sebesar-besar janji. Ingin aku ceritakan kisah hidupku, kisah perjalanan hidupku ini kepada yang sudi mengenali siapa aku. Aku sebagai manusia cukup banyak melakukan salah, memungkiri janji "itu" dalam sedar mahupun tidak. Aku tahu perjalanan ini cukup jauh untuk ditempuhi kerana kelekaan diri. Tapi sebenarnya cukup singkat bagi orang yang  bersih hatinya. Aku akui, cukup hina aku disisi Penciptaku. Telah banyak dugaan untuk aku supaya kembali ke "destinasiku". Tapi aku buta, buta dalam membuat keputusan, buta dalam membuat pilihan. Aku pernah meletakkan seseorang cukup dalam dan sedalam-dalam hatiku. Dan aku tersungkur kerana itu. Disitulah silapnya aku. Aku terlalu mengejar apa yang belum pasti, yang memang tidak pasti. Aku mula mencari punca kenapa ini yang terjadi kepadaku, dimana silapku, apa kurangnya aku dan kenapa aku? Tapi aku tidak pernah menjumpai jawapan itu, kerana aku hanya tahu ini adalah ketentuan, takdir dan yang telah tertulis. Siapa mampu berfikit tentang "Zat" Sang Penciptanya? Melainkan 99 nama yang cukup GAH, cukup BERKUASA, yang memiliki sifat yang SEMPURNA.. Itulah Sang Pencipta, tidak dapat dibandingkan. Mungkin ini jalan cerita dari Penulisku. Untuk menyedarkan aku. Dan Pencipta itulah yang menjaga hatiku ini, yang menenangkan aku, yang membangunkan aku dari jatuhku. Sekarang aku diketemukan dengan seseorang "kawan" yang mengingatkan siapa aku. "Kawan" yang sentiasa membuat aku berfikir, "kawan" yang sentiasa menyedarkan aku dalam setiap apa yang aku ingin lakukan. Aku pernah tersungkur, kini aku mula bangun. Kerana ini adalah perjalanan hidupku, aku harus meneruskannya sebagaimana tujuan aku diciptakan. Aku harus tempuhi segala dugaan, kerana aku mampu dengan dugaan Penciptaku. Itu yang dijanjikan oleh Penciptaku, kerana DIA tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan. Kepada "kawan" baruku, aku mohon, fahamilah... Cerita hidup ini memang bukan kita Penulisnya, tapi cerita untuk kita meneruskan perjuangan kita sebagai khalifah. Kita cukup kerdil dalam memilih, membuat keputusan, tapi kita diberi akal untuk membuat pilihan. Semua ada kekurangan, tapi masih ada kelebihan. DIA juga menjadikan kekurangan itu untuk ditampung oleh seseorang khalifah lain. Dalam erti kata lain, teman hidup anda, "imam" anda. Semua dibumi ini telah merancang, tapi percayalah, perancangan Allah, pasti...MESTI MAHA HEBAT. Tidak salah kita merancang, ini kerana itu adalah perancangan Allah S.W.T. untuk kita...

Sunday, March 16, 2014

LumrahDunia!

patung!
mana mungkin berperasaan!
plastik!
tidak sekeras tembok bata!
aku!
manusia!
yang punyai hati!
mudah untuk terasa!

senang!
bukan selamanya!
selesa!
tidak selalu di atas!
panas!
bukan selamanya kontang!
dingin!
tidak selamanya basah!

wanita!
bukan semuanya lembut!
lelaki!
tidak semuanya keras!

itulah lumrah!
terimalah!
jangan bodoh!
waraslah!

JikaKamuTahu

Islam tidak mengatakan anjing itu "hina"

Friday, March 14, 2014

"mana bukti awak sayangkan saya?"

Soalan yang cukup tidak adil...mana bukti??bukti apa??dengan membelah dada anda pun tidak dapat dibuktikan..akan adakah nama anda pada hati itu?pada jantung itu?jika dihati, ia tidak terpahat...ini kerana itu adalah perasaan...bukan diukir,bukan ditulis..buktinya apabila anda dapat merasakannya...bukan dengan melihatnya dengan mata...tapi kerana anda dapat menilainya, rasakannya melalui mata hati..jangan butakan hati anda untuk menilai...hati yang bersih cukup untuk menilai sesuatu yang kotor...

Jatuh-Bangun Dan Kini ingin Berlari

Ini kali keduanya aku jatuh...tersungkur dengan tiba-tiba..dimana silapnya langkahku...tidak aku sedari..aku mencari,aku menilai..ke atas, ke kiri, ke kanan dan juga ke bawah...masih belum aku ketemui jawapan itu.tapi engkau pergi bersahaja tanpa mengiraukan kesakitan ku ini.begitu mudah setelah sekian lama..tolong tunjukkan mana salah langkahku itu?aku tergantung tanpa tali..dengan tiba-tiba ketika aku tersungkur, hadir sebelah tangan menghulurkan "pertolongan",mengangkat aku bangun..aku cuba bangun,tapi bukan segera bangkit...aku mula dengan perlahan-lahan..aku cuba mengenali siapa yang membantuku ini..kenapa dengan tiba-tiba??terpahat persoalan ini dibenakku..kenapa kamu?mungkin ini adalah perjalanan yang telah tersusun rapi dari Sang Pencipta..perjalanan yang aku rancang tidak sehebat Dia...tapi sekadar membantuku...bukan memahami aku..setiap kali aku meminta untuk membantuku berjalan, dia sentiasa ada...memberi ruang untuk aku menilai siapa dia..dia bersamaku ketika aku jatuh..alangkah gembiranya aku ketika itu..masih lagi ada yang sudi membantu walaupun kami tidak pernah kenal..kini dia mengajar aku untuk berlari..aku berlari jauh meninggalkan tempat aku terjatuh...ingin aku tinggalkan dengan segara...tanganku dipegang erat, kami berlari bersama-sama, saling memandang antara satu sama lain dengan gelak ketawa..mungkin suatu hari akan ada masanya kami bersedih selepas kegembiraan ini..tapi kami seharusnya menggunakan masa ini sebaik-baiknya..aku seharusnya bersedia untuk menempuhi hari esok.tapi kerana aku seorang yang lemah,aku mungkin tidak bersedia,aku mungkin alpa,aku mungkin tidak ingat dimana aku sedang berpijak..mungkin aku tidak memandang kebawah...jika aku tersungkur lagi???????

Friday, March 7, 2014

Berbuat Baiklah Walaupun Kita Dihina

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.


Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.


Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.


Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.



Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.



Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.


“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.



“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.



“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”



“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.



“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.



“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.


“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.



“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.


“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.



“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.



“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.


“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.


“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.



“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.


“Ya benar. Kamu tidak percaya?”


“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.



“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.


“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.


Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.


selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W.
Allahumma solli wasallim 'alaa Sayyidina Muhammad, wa 'alaa aliy Sayyidina Muhammad

Thursday, March 6, 2014

if u fell down yesterday, stand up today!


ceritaku kiasanku



Titisan hujan semakin laju mencucuri tanah ini. Tanah dimana aku berpijak meneruskan hidup, berjalan menilai sejauh mana aku mampu bertahan dan menahan. Semakin hari, semakin aku lemah untuk menentukan semua ini dek kerana kau telah menghakisnya dariku. Aku cuba untuk membaiki hakisan itu, tapi aku keseorangan. Mana mungkin aku mampu?? Berjuta titisan melawan aku yang berbekalkan jari jemari, tiada pertolongan, keringat yang semakin berkurang, aku mungkin tewas. Tapi ingin aku ingatkan aku tidak akan mudah mengalah. Ini adalah tanggungjawabku, menjaga dan memelihara apa yang telah dianugerahkan kepadaku. Aku menanti sinar mentari untuk menyinariku, mungkin esok, mungkin lusa…. Yang pasti pertolongan itu ada, yang pasti kebenaran itu akan menang dan yang pasti kesungguhanku akan dinilai suatu hari nanti. Akan aku usahakan seteguh hatiku, sekuat peganganku dan sekukuh janjiku. Kesedihan yang bakal ditanggung oleh semua akan aku perbaikinya sebaik mungkin. Jalan yang terbaik adalah mencuba dan bukannya terus mengalah. Walaupun usahaku umpama segenggam garam di lautan, yang tiada harga..tetapi aku mencuba.

Let-Her-Go!




well you only need the light when it's burning low
only miss the sun when it starts to snow
only know you love her when you let her go
only know you've been high when you're feeling low
only hate the road when you're "missing" home
only know you love her when you let her go and you let her go
staring at the bottom of your glass
hoping one day you'll make a dream last
but dreams come slow and they go so fast
you see her when you close your eyes
maybe one day you'll understand "why"
everything you touch surely dies

only you know love her
when you let her go
staring at the ceiling in the dark
same old empty feeling in your heart
cause love comes slow and it goes so fast
well you see her when you fall asleep
but never to touch and never to keep
CAUSE YOU LOVED HER TOO MUCH
and you dived too deep.