Diciptakan seseorang manusia
adalah untuk dijadikan khalifah kepada dunia ini. Menjaga setiap yang ada
didunia. Berpegang kepada janji yang telah termeterai sebelum “ditiupkan”.
Hinanya kita jika memungkiri janji itu. Sebesar-besar janji. Ingin aku
ceritakan kisah hidupku, kisah perjalanan hidupku ini kepada yang sudi
mengenali siapa aku. Aku sebagai manusia cukup banyak melakukan salah,
memungkiri janji "itu" dalam sedar mahupun tidak. Aku tahu perjalanan
ini cukup jauh untuk ditempuhi kerana kelekaan diri. Tapi sebenarnya cukup singkat
bagi orang yang bersih hatinya. Aku
akui, cukup hina aku disisi Penciptaku. Telah banyak dugaan untuk aku supaya
kembali ke "destinasiku". Tapi aku buta, buta dalam membuat
keputusan, buta dalam membuat pilihan. Aku pernah meletakkan seseorang cukup dalam
dan sedalam-dalam hatiku. Dan aku tersungkur kerana itu. Disitulah silapnya
aku. Aku terlalu mengejar apa yang belum pasti, yang memang tidak pasti. Aku
mula mencari punca kenapa ini yang terjadi kepadaku, dimana silapku, apa
kurangnya aku dan kenapa aku? Tapi aku tidak pernah menjumpai jawapan itu,
kerana aku hanya tahu ini adalah ketentuan, takdir dan yang telah tertulis.
Siapa mampu berfikit tentang "Zat" Sang Penciptanya? Melainkan 99
nama yang cukup GAH, cukup BERKUASA, yang memiliki sifat yang SEMPURNA.. Itulah
Sang Pencipta, tidak dapat dibandingkan. Mungkin ini jalan cerita dari
Penulisku. Untuk menyedarkan aku. Dan Pencipta itulah yang menjaga hatiku ini,
yang menenangkan aku, yang membangunkan aku dari jatuhku. Sekarang aku
diketemukan dengan seseorang "kawan" yang mengingatkan siapa aku. "Kawan"
yang sentiasa membuat aku berfikir, "kawan" yang sentiasa menyedarkan
aku dalam setiap apa yang aku ingin lakukan. Aku pernah tersungkur, kini aku
mula bangun. Kerana ini adalah perjalanan hidupku, aku
harus meneruskannya sebagaimana tujuan aku diciptakan. Aku harus tempuhi segala
dugaan, kerana aku mampu dengan dugaan Penciptaku. Itu yang dijanjikan oleh
Penciptaku, kerana DIA tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan. Kepada
"kawan" baruku, aku mohon, fahamilah... Cerita hidup ini memang bukan
kita Penulisnya, tapi cerita untuk kita meneruskan perjuangan kita sebagai
khalifah. Kita cukup kerdil dalam memilih, membuat keputusan, tapi kita diberi
akal untuk membuat pilihan. Semua ada kekurangan, tapi masih ada kelebihan. DIA
juga menjadikan kekurangan itu untuk ditampung oleh seseorang khalifah lain.
Dalam erti kata lain, teman hidup anda, "imam" anda. Semua dibumi ini
telah merancang, tapi percayalah, perancangan Allah, pasti...MESTI MAHA HEBAT. Tidak
salah kita merancang, ini kerana itu adalah perancangan Allah S.W.T. untuk
kita...
No comments:
Post a Comment