Thursday, March 6, 2014

ceritaku kiasanku



Titisan hujan semakin laju mencucuri tanah ini. Tanah dimana aku berpijak meneruskan hidup, berjalan menilai sejauh mana aku mampu bertahan dan menahan. Semakin hari, semakin aku lemah untuk menentukan semua ini dek kerana kau telah menghakisnya dariku. Aku cuba untuk membaiki hakisan itu, tapi aku keseorangan. Mana mungkin aku mampu?? Berjuta titisan melawan aku yang berbekalkan jari jemari, tiada pertolongan, keringat yang semakin berkurang, aku mungkin tewas. Tapi ingin aku ingatkan aku tidak akan mudah mengalah. Ini adalah tanggungjawabku, menjaga dan memelihara apa yang telah dianugerahkan kepadaku. Aku menanti sinar mentari untuk menyinariku, mungkin esok, mungkin lusa…. Yang pasti pertolongan itu ada, yang pasti kebenaran itu akan menang dan yang pasti kesungguhanku akan dinilai suatu hari nanti. Akan aku usahakan seteguh hatiku, sekuat peganganku dan sekukuh janjiku. Kesedihan yang bakal ditanggung oleh semua akan aku perbaikinya sebaik mungkin. Jalan yang terbaik adalah mencuba dan bukannya terus mengalah. Walaupun usahaku umpama segenggam garam di lautan, yang tiada harga..tetapi aku mencuba.

No comments:

Post a Comment